Assalamualaikum wbt ..
saya ingin berkongsi siapa yang saya maksudkan 'Baginda' dalam tajuk di atas ..
saya sering mendengar , membaca dan ianya juga pernah terjadi dgn diri saya sendri ..
Dahulu , saya jadikan sahabat saya sebagai idola dan contoh terbaik .. kerana sahabat saya bijak , hebat dalam sukan , baik .. and so on ... ~ ..sebenarnya tidak salah jika saya jadikan dia contoh .. cuma , bukanlah contoh terbaik dan idola .. Alhamdulillah , saya cuba sedaya upaya saya untuk menjadikan 'Baginda' itu sebagai contoh terbaik dan idola saya ..
Saya juga sering membaca post2 di facebook yang di post oleh kawan2 .. biasanya ayat yang saya lihat begini ' dia idolaku yang ku sayang' ' dialah segala2nya buat ku'
apa2larhhh ... geli2 aku membaca .. ~ huhuhu ...
Dunia ini hanyalah tempat persingahan .. Akhiratlah tempat yang kita akan tujui ..
'Baginda' yang saya maksudkan .. :) hehehe ...
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".
Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah adalah 'role model' bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah. Ini kerana umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad SAW ...
Jangan kita menjadikan artis2 sebagai model ataupun contoh terbaik ... begitu juga dengan pemimpin2 yang zalim ...
Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah.
Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".
Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada di dalam diri Rasulullah.
Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah sebagai 'role model' adalah satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita umat Islam
Semoga post saya mendapat manfaat untuk kamu kamu kamu dan saya sendiri ... Aamiin Allahumma Aamiin
No comments:
Post a Comment